Razif Razali adalah Penasihat Takaful yang membantu ketua keluarga dan pencari nafkah untuk mendapatkan pelan hibah takaful terbaik. Beliau pada asalnya merupakan pensyarah kanan Sains Komputer (MSc Computer Science) kelulusan Universiti Kebangsaan Malaysia di salah sebuah institusi Pendidikan MARA.
Berbekalkan ketekunan dan minat dalam industri takaful, Razif Razali adalah agen sepenuh masa yang komited serta berpengalaman 12 tahun di dalam industri takaful, bersedia membantu masyarakat untuk memahami dan menguruskan pelan hibah takaful mereka.
Selain terlibat sebagai penasihat takaful keluarga dan takaful am , beliau juga merupakan Pengarah Urusan bagi Gemilang Qasturi Consultancy yang telah ditubuhkan pada 2022 bagi menyediakan program-program latihan mahir dan separa mahir bagi sektor korporat, pendidikan, kerajaan dan swasta.
Gemilang Qasturi Consultancy dengan secara rasmi telah di berikan tauliah oleh HRD Corp Sdn Bhd sebagai penyedia latihan (Training Provider) bermula April 2024.
Dengan pencapaian yang diperolehi, tiada yang mustahil untuk kami capai dan sememangnya ianya cukup berbaloi